Saturday, October 25, 2008

Nabi Isa a.s. Bukan Gay

Apa yang kita tahu tentang keadaan dan situasi yang ada pada seorang Nabi atau Rasul yang di utuskan oleh Allah ke dunia ini. Ada di kalangan kita yang sukar mentafsir hakikat yang di lalui oleh golongan Nabi dan Rasul. Ada pula golongan yang berlagak pandai mentafsir tapi tidak sama dengan hakikat,cuba kita renung mengapa ada segenlintir manusia berakal tapi membuat tafsiran yang salah terhadap Nabi Isa a.s. dan sampai melabelkan beliau sebagai gay. Ini bukanlah hakikat yang berlaku kepada Nabi Isa a.s.. Tahukah kita bahawa setiap golongan Nabi dan Rasul ini di beri keizinan oleh Allah S.W.T. untuk melihat apa yang bakal berlaku pada hari yang mendatang seperti hakikat yang terkandung dalam kitab Injil sebenar yang tertulis "akan datang seorang utusan dari arah matahari terbit yang membawa agama islam" dan hakikat ini di sambung oleh Nabi Muhammad S.A.W.. Tahukah kita semua apa yang berlaku ke atas Nabi Isa a.s. sehingga beliau tidak berkahwin. Seperti yang kita ketahui melalui Al-Quran bahawa Nabi Isa a.s. bersungguh-sungguh dalam menyampaikan dakwahnya iaitu risalah kepada umatnya beserta dengan mukjizat yang di beri oleh Allah S.W.T sebagai bukti bahawa beliau seorang Rasul Allah S.W.T.. Dalam melaksanakan semua perintah Allah S.W.T., ada pula golongan yang benci dan iri hati terhadap beliau dan ingatlah kita bahawa Allah S.W.T. sentiasa mengutuskan para malaikat untuk menjaga dan menyampaikan apa jua keadaan yang berlaku untuk melindungi Nabi Isa a.s.. Mari kita renung sekiranya kita di tempat Nabi Isa a.s., di mana kita tahu dalam memperjuangkan kebenaran Allah S.W.T.,kita di benci dan ada di kalangan niat hati dan nekad manusia itu ingin membunuh kita,adakah kita akan berkahwin dan mendapatkan zuriat? Sekiranya Nabi Isa a.s. berkahwin dan mendapatkan zuriat apa akan berlaku pada keturunannya,Mari kita lihat pada penyiksaan jasad Nabi Isa a.s. yang di salib dan di siksa,sekiranya perkahwinan itu berlaku maka seluruh keturunannya akan di perlakukan begitu. Apa pun hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Ini adalah pandangan saya yang ingin menentang ideologi barat yang melabelkan Nabi Isa a.s. sebagai gay.Saya yang hidup sebagai seorang Islam harus yakin dan percaya dengan rukun Iman dan takkan sesekali membiarkan orang memperlekehkan rukun Iman saya......